Wednesday, July 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Argentina benam Peru tanpa bantuan Messi

    MIAMI, 30 JUN – Argentina tidak menghiraukan ketiadaan Lionel Messi yang cedera untuk mengekalkan permulaan sempurna mereka di Copa America kelmarin dengan kemenangan 2-0 ke atas Peru di Miami.

    Lautaro Martinez menjaringkan dua gol di Stadium Hard Rock untuk mengesahkan kemenangan dan memastikan Argentina mara ke suku akhir sebagai juara Kumpulan A.

    Dengan Messi diketepikan selepas mengadu sakit hamstring kanan dan jurulatih Lionel Scaloni menjalani penggantungan satu perlawanan, Argentina melakukan sembilan pertukaran dalam kesebelasan utama mereka di Stadium Hard Rock.

    Tetapi di sebalik barisan pemain yang kelihatan seperti sementara, Argentina sentiasa mengawal perlawanan menentang pasukan Peru yang mengecewakan dengan hanya satu rembatan ke arah gol sepanjang pertemuan sebelah pihak ini.

    Gol pertama Martinez hadir selepas separuh masa. Bola hantaran hebat dari Angel Di Maria membebaskan penyerang Inter Milan itu, yang dengan tenang menyempurnakan penyudah yang cekap ke atas penjaga gol Peru, Pedro Gallese.

    Argentina berpeluang menggandakan jaringan pada minit ke-72 selepas Jesus Castillo melakukan handball dalam kawasan penalti.

    Namun, Leandro Paredes gagal menjaringkan sepakan penaltinya apabila bola terkena palang untuk menjadikan kedudukan 1-0.

    Martinez kemudian mencipta gol kedua pada minit ke-86, mengumpan hantaran jauh ke hadapan sebelum melepasi Gallese. – AFP

    Reaksi Martinez meraikan gol kedua pasukannya menentang Peru semasa perlawanan Copa America di Miami Gardens, Florida pada 29 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan sambung latihan artileri di sempadan

    SEOUL, 2 JULAI – Korea Selatan menyambung semula latihan artileri berhampiran sempadan dengan Korea Utara pada Selasa buat kali pertama dalam tempoh enam tahun,...