BUENOS AIRES, 4 DIS – Kerajaan Argentina kelmarin mengumumkan cadangan untuk memperbaharui undang-undang imigresen termasuk menamatkan akses percuma kepada rawatan perubatan di hospital awam bagi warga asing serta mengenakan bayaran terhadap pelajar asing, lapor Xinhua.
Jurucakap Presiden, Manuel Adorni berkata langkah itu bertujuan ‘mewujudkan negara yang lebih teratur dan melindungi rakyat Argentina.’
Ia akan membolehkan universiti awam mengenakan bayaran kepada pelajar asing bukan pemastautin yang menuntut di negara itu, sekali gus menjana pendapatan baharu untuk institusi pengajian tinggi.
“Ketika ini, satu daripada tiga pelajar perubatan di negara ini adalah warga asing,” kata Adorni dalam sidang media di pejabat kerajaan. – Bernama