Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Argentina, Chile, Uruguay, Paraguay bida Piala Dunia 2030

    BUENOS AIRES, 8 FEB – Argentina, Chile, Uruguay dan Paraguay kelmarin mengemukakan bidaan rasmi bersama untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Bola Sepak pada 2030, tepat 100 tahun selepas pertandingan itu pertama kali diadakan di Montevideo.

    “Kami yakin bahawa FIFA mempunyai kewajipan untuk menghormati mereka yang menganjurkan Piala Dunia pertama,” kata Alejandro Dominguez, presiden persekutuan Conmebol Amerika Selatan, di Argentina.

    Dominguez menghadiri majlis pelancaran di ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) di Ezeiza, selatan Buenos Aires. Persaingan semakin sengit sebelum FIFA memilih tuan rumah pada 2024.

    Cabaran utama Amerika Selatan ialah bidaan bersama dari Sepanyol, Portugal dan Ukraine, yang mendapat sokongan badan induk Eropah UEFA. Arab Saudi sedang mempertimbangkan untuk membida untuk menjadi tuan rumah bersama Mesir dan Greece.

    Pada bulan Disember, Dominguez berkata FIFA harus menghormati legasi ikon Amerika Selatan, Pele dan Diego Maradona dengan menganugerahkan Piala Dunia 2030 sempena sambutan ke-100 tahun kepada benua itu. – AFP

    Alejandro Dominguez (kiri) bergambar ramai semasa akhbar persidangan untuk melancarkan pencalonan bersama Uruguay, Argentina, Chile dan Paraguay untuk menganjurkan Piala Dunia 2030, di ibu pejabat AFA di Buenos Aires. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda