Sunday, March 16, 2025
24.2 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Argentina guna RMB bayar produk import China

BUENOS AIRES, 27 APRIL – Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Massa, mengumumkan Argentina akan menghentikan penggunaan dolar Amerika dalam membayar produk yang diimport dari China dan akan digantikan dengan mata wang Renminbi (RMB).

Massa berkata perjanjian pertukaran mata wang antara Argentina dan China bukan sahaja kondusif bagi menambah rizab pertukaran asing negaranya, malah turut membantu mempertingkat perdagangan dua hala.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media pada Selasa yang turut dihadiri Duta China ke Argentina, Zou Xiaoli, Gabenor Bank Negara Argentina, Miguel Ángel Pesce dan Ketua Pengarah Kastam Argentina serta usahawan kedua-dua negara.

“Selepas mencapai perjanjian dengan syarikat terbabit, Argentina akan menggunakan RMB membayar produk diimport dari China yang bernilai kira-kira AS$1.04 bilion. – Bernama

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda