Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Argentina julang trofi Finalissima

    LONDON, 2 JUN – Lionel Messi telah mencuri perhatian ramai apabila juara Piala Amerika, Argentina menguasai perlawanan untuk menewaskan juara Europa, Itali dengan keputusan 3-0 dalam Finalissima di Wembley, kelmarin.

    Pada perlawanan tersebut, Argentina telah mendahului dua gol pada separuh masa pertama hasil daripada rembatan Lautaro Martinez dan Angel Di Maria.

    Sementara itu, Paulo Dybala telah melengkapkan kemenangan buat Argentina tetapi selepas bersama Paris Saint-Germain pada musim lalu yang mengecewakan dengan standard permainan yang sangat tinggi, kepulangan Messi untuk mencatat prestasi terbaik telah menjadi tumpuan ramai.

    Aksi permainan yang cemerlang pemain berusia 34 tahun itu memaparkan dua assist dan penampilan yang jarang sekali terjadi dalam sebuah perlawanan bola sepak terbesar.

    Messi semasa ditemui berkata perlawanan tersebut adalah salah satu latihan yang baik kerana Itali merupakan sebuah pasukan yang hebat. Menurutnya lagi, mereka tahu perlawanan tersebut akan menjadi menarik dan mempunyai persekitaran yang sesuai untuk menjadi juara.

    Ia merupakan satu lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi Argentina, pasukan yang telah melayakkan diri dalam Piala Dunia tahun ini apabila mereka melanjutkan kegemilangan selepas menewaskan Brazil untuk memenangi Piala Amerika pada tahun lalu.

    Selain itu, Argentina telah pun dikenali sebagai salah satu pencabar utama untuk memenangi Piala Dunia dan menewaskan Itali telah menjadi satu lagi hasrat La Albiceleste, yang kini belum lagi dikalahkan dalam 32 perlawanan.

    Jika Messi boleh bermain dengan tahap seperti itu di Qatar nanti, pasukan Lionel Scaloni akan menjadi tumpuan utama seperti waktu mereka mengejar gelaran juara Piala Dunia pertama pada tahun 1986.

    Walau bagaimanapun, bagi Itali, kekalahan tersebut adalah satu kekecewaan setelah kembali ke Wembley, 11 bulan selepas menewaskan England dengan sepakan penalti di perlawanan final Euro pada tahun 2020. – AFP

    Reaksi Lionel Messi menjulang trofi ketika pasukannya meraikan kemenangan dalam perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa Finalissima antara Itali dan Argentina di Stadium Wembley. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda