Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Argentina lebarkan rekod tanpa kalah

    MONTEVIDEO, 15 OKT – Argentina melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada 25 perlawanan dan semakin hampir untuk layak ke Piala Dunia selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Peru, kelmarin.

    Lautaro Martinez berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan dua minit sebelum separuh masa menerusi tandukan kencang, sementara Yoshimar Yotun terlepas peluang menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa kedua untuk Peru.

    Keputusan tersebut membawa Argentina ke kedudukan kedua di belakang Brazil dalam kumpulan kelayakan Piala Dunia, dengan jurang sembilan mata daripada pasukan lain untuk menafikan mereka beraksi di Qatar tahun hadapan.

    Argentina kali terakhir mencatat kekalahan semasa peringkat separuh akhir Copa America 2019 iaitu semasa kekalahan 2-0 di tangan Brazil.

    Sejak itu gergasi Amerika Selatan itu sukar ditundukkan, menewaskan Brazil dua kali, termasuk dalam pertemuan awal tahun ini di final Copa America 2021.

    Aksi Lautaro Martinez mengawal bola semasa pertemuan menentang Peru, baru-baru ini. – AFP

    Dalam peringkat awal di Buenos Aires, Peru dilihat mampu mencetuskan kejutan melalui persembahan lincah penyerang mereka, Gianluca Lapadula.

    Penyerang berusia 31 tahun itu membuat rembatan melalui sepakan percuma namun diselamatkan oleh Emiliano Martinez.

    Sementara itu, Cristian Romero berjaya membuat tandukan selepas menerima hantaran daripada sepakan percuma Rodrigo De Paul, namun dia berada di kedudukan ofsaid.

    Satu lagi hantaran lintang dari De Paul disambut oleh Angel Di Maria lalu membuat percubaan, namun tersasar.

    Peru beraksi dengan agresif di mana Lionel Messi beberapa kali dikasari.

    Argentina mendahului dua minit sebelum separuh masa pertama berakhir ketika Lautaro Martinez melakukan tandukan selepas menerima hantaran lintang dari Nahuel Molina lalu melepasi penjaga gol Peru, Pedro Gallese. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...