MONTEVEDIO, 8 OKT – Paraguay berjaya mengikat Lionel Messi dari meledakkan gol ketika perlawanan berakhir seri tanpa jaringan dalam aksi kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan semalam.
Dengan keputusan tersebut, Argentina berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dan mengukuhkan kedudukan mereka di tangga kedua, ketinggalan di belakang Brazil, yang akan bermain menentang Venezuela selepas itu.
Uruguay kekal di kedudukan ketiga selepas sekadar melakarkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Colombia di Montevideo. Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan baik namun pemain Argentina, Joaquin Correa gagal memanfaatkan peluang gol, sentuhuannya membolehkan Antony Silva untuk menyelamatkan keadaan. Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez turut berjaya menyelamatkan percubaan berbahaya Santiago Arzamendi dari jarak jauh.
Correa melepasi pertahanan Paraguay dua kali, kedua-duanya hantaran dari Messi, tetapi dibatalkan kerana ofsaid.
Argentina hampir menemukan jaringan ketika Messi melakukan sepakan percuma namun sedikit tersasar ke kiri tiang gol. Walaupun mendominasi hampir 70 peratus perlawanan dan sebahagian besar peluang pada separuh masa pertama, Argentina gagal memecah kebuntuan.
Terdapat permulaan yang baik pada separuh masa kedua ketika menerima Correa hantaran daripada Rodrigo De Paul tetapi dia gagal menemukan sasaran. Di pintu gawang Argentina, Martinez berjaya menyelamatkan rembatan dari penyerang Newcastle United, Miguel Almiron. Kedua-dua pasukan terpaksa akur dengan membawa pulang satu mata. – AFP