Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Argentina risau prestasi Australia

    DOHA, 2 DIS – Pemain Argentina, Rodrigo De Paul berkata dia risaukan ketinggian dan kepentasan pemain Australia menjelang pertembungan 16 terakhir Piala Dunia di Doha pada Sabtu.

    Pemain tengah itu merujuk kepada pemain sayap Socceroos, Craig Goodwin dan Mathew Leckie sebagai pemain yang merbahaya.

    “Mereka adalah pasukan yang sangat laju yang memberi penekanan terhadap pemain sayap,” kata De Paul, yang bermain 90 minit penuh untuk Argentina di Qatar.

    “Orangnya tinggi, pemain pertahanan juga tinggi, kami perlu mengelak daripada memberi tendangan percuma di luar kotak penalti. Kami perlu berhati-hati dengan pemain sayap mereka yang laju. Itulah kekuatan mereka, dalam serangan balas.”

    Australia bermula dengan teruk dalam Piala Dunia apabila tewas kepada Perancis 4-1.

    Namun kemenangan 1-0 menentang Tunisia dan Denmark telah membuka peluang kepada negara ranking FIFA ke-38 untuk mara ke pusingan kalah mati.

    Walau bagaimanapun, jurulatih, Lionel Scaloni berkata dia tidak terkejut melihat kemaraan Socceroos di Qatar.

    “Saya tak terkejut kerana kami adalah pasukan yang bagus.”

    “Kami juga tak rasa mereka lebih lemah daripada kami. Saya tak setuju yang mereka lebih lemah.

    “Ini adalah bola sepak. Sebelas lawan sebelas. Lupakan siapa yang lebih bagus dan marilah kita bermain bola sepak.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda