Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Argentina sahkan slot Olimpik Paris

    CARACAS, 12 FEB – Brazil tidak akan mempertahankan kejuaraan bola sepak lelaki Olimpik di Paris selepas tewas 1-0 kepada pesaing serantaunya, Argentina kelmarin.

    Dalam penentuan kelayakan Olimpik Amerika Selatan itu, Luciano Gondou menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan Argentina bawah 23 tahun yang dikendalikan oleh Javier Mascherano. Beliau menanduk hantaran lintang Valentin Barco melepasi penjaga gol, Mycael pada minit ke-78 di Stadium Brigido Iriarte di Caracas.

    Brazil memenangi pingat emas dalam bola sepak lelaki di Sukan Olimpik Rio de Janeiro dan Tokyo.

    Kelayakan Olimpik Amerika Selatan untuk bola sepak lelaki menawarkan dua slot di Paris, di mana kejohanan lelaki bermula pada 24 Julai. Paraguay berada di tangga teratas peringkat terakhir kumpulan dengan tujuh mata dalam tiga perlawanan selepas kemenangan 2-0 kelmarin menentang tuan rumah, Venezuela.

    Pasukan Paraguay, yang tidak mempunyai pemain bintang seperti dua pesaing benua yang lebih besar, juga menewaskan Brazil untuk memastikan tempatnya ke Perancis.

    Argentina menamatkan kejohanan dengan lima mata, lebih dua mata berbanding Brazil, yang hanya berjaya menewaskan Venezuela di peringkat akhir. – AP

    Aksi Gondou menjaringkan gol tunggal pasukannya menentang Brazil di stadium Brigido Iriarte di Caracas, Venezuela pada 11 Februari 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...