Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Argentina sasar separuh akhir

    HOUSTON, 4 JULAI – Juara dunia Argentina berharap dapat menempah tempat dalam suku akhir Copa America apabila mereka memulakan aksi peringkat kalah mati menentang Ecuador di Stadium NRG, hari ini.

    Argentina, juara bertahan Copa dan pilihan kejuaraan, meraikan kemenangan ke atas Kanada, Chile dan Peru dalam peringkat kumpulan di mana kekuatan pasukan Lionel Scaloni terbukti sepanjang masa.

    Yakin dengan para pemain di bahagian belakang, di samping barisan bahagian tengah yang tersusun dengan baik dan dengan ancaman berterusan di bahagian sayap serta di bahagian serangan, Argentina perlu bekerja keras untuk mendapatkan mata semasa menentang Kanada dan Chile bagi memperoleh peluang untuk merehatkan pemain permulaan mereka bagi kemenangan 2-0 ke atas Peru Sabtu lalu.

    Bagaimanapun, masih timbulnya keraguan mengenai kecergasan Lionel Messi yang mengalami kecederaan hamstring di kaki kanannya.

    Scaloni berkata mereka akan menilai keadaan Messi selepas latihan kelmarin dan sekiranya pemenang Ballon d’Or lapan kali itu tidak dapat bermain, mungkin penyerang Lautaro Martinez dan Julian Alvarez akan diberikan peluang untuk bermain secara bergandingan.

    Walaupun bermula di bangku simpanan dalam dua perlawanan pertama, Lautaro adalah penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan empat gol dalam tiga penampilan.

    Lautaro dari Inter Milan dan Alvarez dari Manchester City mula tampil bersama untuk pasukan Argentina semasa menentang Ecuador dalam perlawanan persahabatan pra kejohanan 9 Jun lalu yang mana Albiceleste menang 1-0.

    “Mereka telah bekerjasama dengan baik dan ia adalah satu pilihan. Tetapi kita akan lihat bagaimana keadaan semua orang hari ini, terutamanya Leo, dan sama-sama kita akan lihat nanti,” kata Scaloni. – AFP

    Messi (kiri) dan De Paul mengambil bahagian dalam sesi latihan pada 3 Julai sehari sebelum perlawanan bola sepak suku akhir kejohanan Copa America 2024 Conmebol antara Argentina dan Ecuador di Stadium Shell Energy di Houston, Texas. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda