Friday, March 21, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Argentina tiga bulan tanpa aksi Messi

    ASUNCION, 4 OGOS – Bintang sensasi Argentina Lionel Messi digantung daripada beraksi bersama pasukan kebangsaan selama tiga bulan dan didenda AS$50,000 oleh CONMEBOL selepas mengkritik badan induk bola sepak Amerika Selatan itu pada Copa America yang lalu.

    Penyerang Barcelona berusia 32 tahun itu menuduh CONMEBOL korupsi selepas dia dibuang padang ketika menentang Chile pada aksi penentuan tempat ketiga pada kejohanan di Brazil.

    Messi melepaskan kemarahannya susulan dua insiden yang berlaku sepanjang kejohanan bermula Jun hingga Julai itu.

    Argentina dinafikan dua sepakan penalti ketika tewas 0-2 di tangan Brazil pada aksi separuh akhir selepas Messi mendakwa ‘Brazil menguruskan CONMEBOL ketika ini’.

    Menambahkan lagi kemarahannya apabila dia dibuang padang pada aksi seterusnya yang menyaksikan Argentina menang 2-1 ke atas Chile.

    “Korupsi dan pengadil menghalang orang ramai menikmati perlawanan bola sepak dan mereka merosakkannya,” kata Messi.

    Messi diarahkan keluar padang selepas pertengkaran babak pertama dengan kapten Chile Gary Medel di mana rakaman televisyen mencadangkan dia melakukan sedikit kesalahan. Kenyataan CONMEBOL di laman webnya tidak menyatakan mengapa Messi dihukum tetapi mengatakan ia berkaitan dengan artikel 7.1 dan 7.2 peraturan disiplinnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda