Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Ari Lasso syukur dapat kembali menyanyi

    Penyanyi terkenal Indonesia, Ari Lasso, menzahirkan rasa syukur dapat kembali menyanyi di atas pentas, selepas sembuh daripada penyakit kanser limfoma yang dihidapi sejak awal 2021.

    Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu popular Rahasia Perempuan itu ketika ditemu bual media Liputan6.

    Menurut Ari, dia berjaya mengharungi detik sukar dalam hidupnya dengan sokongan dan doa yang tidak pernah lekang daripada orang ramai.

    “Bagi saya, ini merupakan momen kehidupan saya yang ketiga. Ini merupakan salah satu fasa yang paling sukar saya pernah lalui dan akan bertambah sukar tanpa sokongan anda semua.

    “Terima kasih atas sokongan dan doa anda semua,” katanya.

    Sebelum ini, penyanyi itu ada memuat naik beberapa foto ketika melakukan persembahan di konsert bertemakan Allo Bank Festival 2022.

    Menerusi kapsyen tersebut, dia turut menzahirkan rasa teruja dan gembira kerana masih diberi peluang menghiburkan para peminat, selepas 10 bulan berjuang melawan kanser.

    Pada September 2021, Ari mendedahkan sedang berjuang melawan kanser limforma tahap dua dan didiagnosis sebagai Diffuse large B-cell lymphoma (DLBCL). – Agensi

    Ari Lasso menzahirkan rasa syukur dapat kembali menyanyi di atas pentas, selepas sembuh daripada penyakit kanser limfoma yang dihidapi sejak awal 2021. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...