Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ariana Grande fail cerai

    Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Ariana Grande akhirnya memfailkan cerai terhadap suaminya iaitu Dalton Gomez.

    Perkara tersebut disahkan oleh peguam dilantik Ariana, 30, yang memaklumkan alasan perpisahan adalah kerana tiada persefahaman.

    Menurut mStar yang memetik laporan TMZ, Dalton juga sudah memfailkan jawapan balas selaras dengan permohonan yang dibuat Ariana.

    Sumber juga menyebut pasangan berkenaan telah menyelesaikan beberapa tuntutan sebelum memfailkan permohonan cerai.

    Mereka dikatakan melakukan proses perbincangan awal sejak Februari lalu sebelum mengumumkan perpisahan pada Julai.

    Sebelum ini Ariana juga pernah dilihat rapat dengan pelakon Ethan Slater selepas berpisah dengan Dalton.

    Ariana dan Dalton mengambil masa lama sebelum mengemukan permohonan agar mereka dapat mencapai kata sepakat dalam beberapa urusan bersama bagi memudahkan proses mahkamah. – Agensi

    Ariana dan Dalton berjaya capai kata sepakat untuk bercerai. – Elle
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda