Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ariana Grande mahu fokus bidang lakonan, tinggalkan muzik

    Penyanti dan pelakon Ariana Grande mengejutkan peminat apabila mengumumkan bahawa siri jelajah Eternal Sunshine 2026 akan menjadi kemunculan terakhirnya sebagai seorang pemuzik.

    Menerusi temu bual program audio siar Good Hang, penyanyi berusia 32 tahun itu menegaskan bahawa siri jelajah tersebut merupakan momen istimewa yang ingin dirai sebagai penutup sebelum mengambil langkah besar untuk meninggalkan dunia konsert.

    “Ini akan menjadi momen yang indah dan saya amat bersyukur,” katanya.

    Dalam pada itu, Ariana turut mengakui bahawa kehidupannya selepas ini bakal berbeza berbanding 15 tahun lalu yang menyaksikan jadual kerjaya seninya sibuk sebagai penyanyi.

    Kata Ariana, keputusan itu dibuat kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang lakonan, teater muzikal, serta pelbagai projek kreatif lain.

    “Saya rasa perkara terbaik buat jiwa dan seni saya adalah mengejar apa yang tepat pada saat ini,” ujarnya.

    Untuk info, Ariana memulakan kerjaya sebagai pelakon sejak usia remaja dengan membintangi teater muzikal Broadway ’13’ sebelum mencetuskan populariti besar melalui siri Nickelodeon Victorious dan Sam & Cat.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, minatnya terhadap lakonan kembali menyerlah apabila aktres berkenaan membintangi projek berskala besar termasuk peranan sebagai Glinda dalam adaptasi filem muzikal Wicked. – Agensi 

    Ariana mengumumkan bakal berehat daripada bidang nyanyian. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda