Jumaat, November 21, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ariana Grande masih mahu menyanyi

    Berita baik untuk peminat, penyanyi dan penulis lagu Amerika, Ariana Grande tidak berhasrat meninggalkan kerjaya muzik selepas mengumumkan dia sedang terbabit dalam satu lagi projek filem.

    Selepas membintangi filem Wicked bersama Cynthia Erivo, penyanyi Positions, baru-baru ini mengesahkan dirinya dipilih untuk membintangi adaptasi filem daripada buku Dr Seuss berjudul Oh, The Places You’ll Go!, lapor BBC.

    Namun, menerusi hantaran dalam media sosial, Ariana meyakinkan peminat bahawa lebih banyak kerja lakonan tidak bermaksud pengakhiran kepada kerjaya muziknya, sebaliknya, kedua-dua bidang itu bergerak seiring.

    “Menyanyi dan muzik adalah sentiasa dalam talian hayat saya. Perlu ada ruang untuk semua itu,” katanya.

    Grande melancarkan album terbaharunya, iaitu Eternal Sunshine, tahun lalu. Namun, hingga hari ini, peminat masih belum berpeluang melihat dia mempersembahkan bingkisan baharunya itu secara langsung, lapor agensi.

    Malah, Grande dilapor tidak terbabit dalam siri jelajah sejak Sweetener World Tour pada 2019. Namun, sebelum ini, dia memberi bayangan mungkin akan kembali ke pentas, tidak lama lagi.

    “Saya sedang merancang untuk menyanyi buat anda semua tahun depan… Walaupun sekejap,” katnya dalam hantaran itu.

    Ariana yang turut mengusahakan bisnes kosmetik bagaimanapun tidak menafikan tumpuan kepada projek lain memberi kesan kepada karier muzik.

    “Kerjaya muzik mungkin tidak akan kelihatan seperti dahulu. Tetapi, saya lebih suka versi yang ada dalam fikiran saya.

    “Saya rasa bersyukur, teruja dan mendapat inspirasi. Saya temukan keseimbangan antara pelbagai projek dan usaha yang saya cintai, selain melakukan semuanya ikut cara saya sendiri,”  tambahnya. – Agensi

    Ariana berkata lebih banyak kerja lakonan tidak bermaksud pengakhiran kepada kerjaya muziknya. – variety.com

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda