Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ariana Grande tidak memakai cincin kahwin, rupanya sudah berpisah

    Penyanyi Hollywood, Ariana Grande yang membuat kemunculan di Wimbledon, London pada Ahad lalu mencuri perhatian apabila dia dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya.

    Memetik dari mStar, TMZ melaporkan tindakan Ariana itu sekali gus menguatkan spekulasi rumah tangganya dengan Dalton Gomez sedang retak menanti belah.

    Malah laporan turut menyebut Ariana dan Dalton sudah berpisah sejak Januari lalu.

    Kemunculan Ariana di Wimbledon turut disertai oleh pelakon gandingannya dalam filem Wicked iaitu Jonathan Bailey dan Andrew Garfield.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Thank You, Next itu dikatakan kali terakhir mengenakan cincin perkahwinan di khalayak ramai pada April lalu ketika menghadiri konsert Jeff Goldblum di London.

    Kenalan rapat pasangan berkenaan mendedahkan Ariana dan Dalton yang merupakan seorang ejen hartanah bagaimanapun masih mengekalkan hubungan baik meskipun bergelut dengan masalah rumah tangga.

    “Keputusan berpisah dibuat secara bersama. Mereka menghadapi masalah sejak awal Januari tapi masih lagi berkawan baik,” kata sumber terdekat pasangan itu.

    Sementara itu, Dalton juga didakwa ada melawat Ariana di set penggambaran filem Wicked di London sebagai usaha menyelamatkan rumah tangga mereka namun tidak berjaya.

    Untuk rekod, Ariana dan Dalton mengikat tali pertunangan secara rahsia pada Mei 2021 dan berkahwin pada tahun sama.

    Dalton ketika itu melamar Arian dengan sebentuk cincin mutiara bertatahkan berlian milik neneknya pada Disember 2020. – Agensi

    Ariana Grande kelihatan tidak mengenakan cincin kahwinnya lagi. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda