MANCHESTER, United Kingdom, 31 Mei – Bintang pop AS Ariana Grande semalam mengumumkan dia akan kembali ke Manchester untuk mengetuai barisan artis dalam konsert amal bagi para mangsa serangan maut pada hari persembahannya minggu lalu.
Justin Bieber, Coldplay, Katy Pery, Miley Cyrus, Pharrell Williams, Usher dan Take That akan menyertainya bagi konsert Ahad ini dalam mengenang 22 orang yang terkorban, tujuh daripada mereka kanak-kanak.
Grande berkata “Respons kami terhadap keganasan ini mestilah untuk lebih bersatu, untuk membantu antara satu sama lain, untuk lebih menyayangi, menyanyi lebih lantang dan hidup dengan hati yang lebih baik dan pemurah dari sebelumnya.”
Bintang berusia 23 tahun itu berkata dia ‘kecewa’ dan telah menangguhkan jelajah dunianya selepas pengeboman yang berlaku di laluan masuk tempat Manchester Arena pada finale persembahannya pada 22 Mei.
Para peminat yang hadir menonton persembahan itu akan diberikan tiket percuma untuk ke konsert amal itu di kawasan permainan kriket Old Trafford, yang mempunyai kapasiti 50,000 orang bagi konsert, dengan yang lain dijual untuk mengumpul wang bagi keluarga-keluarga yang terjejas.

Grande adalah kegemaran para remaja dan juga kanak-kanak yang terbunuh, sebilangan mangsa adalah ibu bapa yang datang untuk mengambil anak-anak perempuan mereka.
Penyampai Oasis kelahiran Manchester, Liam Gallagher telah membuat kemunculan sulongnya semalam dengan konsert yang betul berjaya dalam membantu mangsa-mangsa pengeboman.
Seperti Grande, ia mengutip wang bagi “We Love Manchester Emergency Fund” yang dibentuk oleh majlis tempatan dan pasukan Palang Merah Britain untuk membantu keluarga-keluarga yang sedang bersedih dan juga para mangsa.
Sebelum persembahan bermula, Marnie Taylor, 25 tahun berkata dia berharap Gallagher akan menambah semangat semua orang.
“Seperti membawa balik semangat persembahan yang sepatutnya, ia sepatutnya selamat, ia sepatutnya di satu tempat yang mana orang ramai boleh melepaskan diri,” dia memberitahu AFP di luar tempat persembahan O2 Ritz.
Gallagher berkata adalah penting untuk mengorak langkah ke hadapan selepas serangan ganas ini.
“Kita perlu menikmati kehidupan ini. kami akan cuba menaikkan semangat orang ramai. Atau kanak-kanak yang terbunuh pada konsert itu mati sia-sia,” dia memberitahu Manchester Evening News. – AFP