Monday, March 31, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ariana muncul dengan lagu baharu

    Perjalanan seni Ariana terus mendapat sambutan yang hebat daripada peminat-peminatnya apabila penyanyi terkenal itu menampilkan lagu baharu yang bertajuk ‘Boyfriend’ malah tayangan video clip untuk lagu tersebut sudah dimuat naik dalam laman media sosial Youtube baru-baru ini.

    Apa yang menarik, dalam tayangan video itu, Ariana turut menampilkan rakan-rakan baiknya, Social House.

    “Saya rasakan lagu ini mampu menangkap pelbagai tema dalam kehidupan seseorang yang saya tahu,” tulis Ariana dalam platform media sosial, Twitter.

    Baru-baru ini, HollywoodLife telah bertemu dengan salah seorang artis dalam kumpulan Social House untuk temu duga eksklusif. “Lagu ini adalah kolaborasi antara Ariana Grande bersama dengan Social House sehingga terciptanya lagu Boyfriend,” kata salah seorang artis dalam kumpulan tersebut.

    Terdahulu, Ariana pernah bekerjasama dengan kumpulan Social House dalam sama-sama mencipta lagu Thank U Next. Sehingga ke hari ini, lagu Boyfriend mendapat sambutan yang hebat daripada orang ramai di seluruh dunia. – Agensi

    Apa yang menarik, dalam tayangan video itu, Ariana turut menampilkan rakan-rakan baiknya, Social House. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda