Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ariane 6 capai kemajuan

    PARIS, 24 NOV – Roket Ariane 6 milik Agensi Angkasa Eropah (ESA) telah berjaya melaksanakan latihan persiapan, menguji enjinnya sebagai persediaan untuk penerbangan sulung yang dijadualkan pada 2024.

    Keputusan akhir ujian penyalaan kelmarin, yang melibatkan penyalaan enjin Vulcain 2.1 dan menjalankannya selama lebih daripada tujuh minit, tidak akan diumumkan sehingga 30 November, sementara menunggu analisis penuh. Tetapi pengeluar ArianeGroup telah menggelar latihan tersebut ‘berjaya dilaksanakan’.

    Ujian penyalaan di Spaceport Eropah di Guiana Perancis ‘mensimulasikan urutan pelancaran lengkap dan dengan itu mengesahkan keseluruhan fasa penerbangan peringkat teras Ariane 6’, kata kenyataan itu.

    Ketua Pegawai Eksekutif ArianeGroup, Martin Sion memuji pasukan tersebut atas ‘pencapaian industri sebenar’, tetapi menambah bahawa ‘beberapa ujian tambahan’, terutamanya toleransi terhadap kegagalan, diperlukan sebelum roket itu bersedia untuk pelancaran. – AFP

    Gambar edaran oleh ArianeGroup pada 23 November menunjukkan asap kelihatan semasa ujian roket Ariane 6 dijalankan di Pusat Angkasa Guyana di Kourou, Guiana Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...