Ariel Noah rancang untuk berkahwin?

Nama Ariel Noah kembali menarik perhatian ramai apabila rakan artis Judika mendedahkan bahawa penyanyi popular itu merancang untuk mendirikan rumahtangga.

Dipetik dari Brilio, Judika mendedahkan bahawa dirinya tahu kawan baiknya itu memang mempunyai perancangan untuk berkahwin dan berita itu diakui sendiri oleh Ariel dalam salah satu video temubual di YouTube Dad Entertainment.

Penyanyi kacak dari tanah seberang ini menyatakan bahawa dirinya akan berkahwin setelah kesemua kerja-kerjanya selesai.

“Sekarang rencana panjangnya itu setelah album keluar, kita akan lakukan ini itu. Terus habis selesai pekerjaan ini, saya akan melakukan hal ini (berkahwin)” ujar Ariel.

Namun disebabkan pandemik berlaku pada ketika ini, Ariel menyatakan bahawa perancangan untuk berkahwin itu terpaksa ditundakan seketika.

Dalam temubual tersebut Ariel turut berkongsi ciri-ciri wanita idamannya iaitu seorang yang pandai memasak dan juga boleh bernyanyi. – Agensi

Ariel mengaku memang mempunyai perancangan untuk berkahwin dan berita itu diakui sendiri dalam salah satu video temubual di YouTube. – Agensi