Sunday, April 27, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arif Aiman pemain terbaik Asia dalam pembikinan

    KUALA LUMPUR, 27 JUN – Nama pemain sayap muda sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi sekali lagi mencuri tumpuan, selepas mencipta hatrik ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) merakam kemenangan 4-0 ke atas Selangor FC pada aksi separuh akhir Piala FA, malam tadi.

    Ia merupakan hatrik kedua pemain berusia 21 tahun itu dalam tempoh enam hari, selepas meledak empat gol ketika membantu Malaysia membelasah Papua New Guinea 10-0, pada aksi persahabatan antarabangsa di Terengganu, Selasa lepas.

    Hatrik yang dicipta semalam menyaksikan Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 dan 2022 itu, mengumpul keseluruhan 14 gol musim ini, iaitu lima dalam Liga Super, empat (Piala FA) dan lima gol bersama bersama skuad Harimau Malaya.

    Tahap kemajuan dan kematangan yang dicapai Arif Aiman ketika ini amat mengagumkan, sehingga beberapa bekas jurulatih dan pengendali pasukan menyifatkan beliau sebagai pemain terbaik Asia dalam pembikinan.

    “Budak ini ada sikap dan daya fokus yang baik dalam permainan, jika dilihat kebelakangan ini termasuk persembahan bersama pasukan negara, dia memang begitu menyerlah.

    Dalam generasi baharu pemain di Malaysia, dia antaranya yang terbaik.

    “Jarang kita boleh tengok pemain tempatan yang ada keupayaan seperti dia, kredit juga perlu diberikan kepada JDT dan saya setuju dia pemain terbaik Asia dalam pembikinan,” kata bekas pengendali Harimau Muda A, Mohd Azraai Khor Abdullah yang merupakan antara jurulatih berpengalaman luas di Malaysia. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda