Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ariff Bahran sudah berpunya

    ‘Iya, kami sudah lebih setahun berkawan.’

    Itu pengakuan penyanyi Ariff Bahran yang mengesahkan dirinya sudah berpunya.

    Ariff yang selama ini digosipkan menjalin hubungan intim dengan teman duet, Sarah Suhairi, mengaku gadis yang bertakhta dalam hatinya itu sudah diperkenalkan kepada keluarga.

    “Selama ini, saya terbuka meluahkan atau memuatkan apa sahaja entri di Instagram. Saya tidak kisah apa orang kata.

    “Saya dan dia sudah lebih setahun berkawan. Ramai teman-teman sudah mengenalinya termasuk keluarga. Syukur, hubungan kami direstui,” katanya kepada media. Ariff berkata, dia dan Sarah tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa.

    Ariff Bahran telah mengenali Sarah Suhairi sebelum menyertai program realiti Big Stage, dan kini hubungan mereka semakin akrab. – Agensi

    “Sarah hanyalah kawan… Kami sudah berkenalan sebelum menyertai program realiti Big Stage.

    “Apabila sama-sama bertanding, kami jadi rapat dan selalu berjumpa. Apatah lagi sejak merakamkan lagu duet, Bicara Rasa,” katanya.

    Ditanya soal kahwin, Ariff bagaimanapun menjelaskan, perjalanan untuk melangkah ke jenjang pelamin, masih jauh. Dalam perkembangan lain, Ariff yang popular dengan lagu Kata Akhirmu akan tampil dengan lagu duet bersama Yonnyboi dan Adam Eiman berjudul Tiga Kucing, bulan depan.Ini kali pertama Ariff bekerjasama dengan penyanyi hip hop.

    “Saya lihat lagu balada sudah banyak diterbitkan. Jadi, sempena tahun baharu, saya mahu tampil dengan sesuatu yang berbeza. Bercerita mengenai tajuk lagu, Ariff berkata, perkataan ‘kucing’ adalah simbolik kepada apa yang mahu diceritakan. “Ia berkisar percubaan saya dalam meneroka dunia penciptaan lagu.

    “Ini projek eksperimen buat saya. Kami tidak tahu sejauh mana lagu ini boleh pergi. Tidak mengapa, kami mahu mencuba.

    “Mengikut perancangan asal, lagu ini menampilkan Zynakal. Namun, dia mengundur diri atas sebab tersendiri,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda