Tuesday, July 2, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Ariff Bahran turun berat 10 kg, pantang nasi tiga bulan

    Kesan mengamalkan diet serta melakukan aktiviti senaman secara konsisten dalam tempoh tiga bulan, penyanyi Ariff Bahran berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.

    Memetik laporan mStar, Bahran atau Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 26, berkata beliau sangat menjaga pemakanan dan tidak mengambil hidangan berunsur nasi sepanjang tempoh tersebut.

    “Syukur sekarang ini ada juga nampak perubahan dan ramai yang sudah menegur. Berat badan sebelum ini 87 kilogram dan saya berjaya turunkan sebanyak 10 kilogram.

    “Rakan saya iaitu As’ad Motawh yang menjadi jurulatih peribadi. Dia yang beri galakan untuk saya teruskan gaya hidup sihat.

    “Selain senaman di gimnasium, saya juga tidak ambil nasi, cuma apabila hujung minggu atau ketika menghadiri majlis sahaja saya makan nasi,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, Bahran juga berkata beliau sering berkongsi aktiviti harian melakukan senaman sebagai galakan kepada orang ramai untuk turut menjalani gaya hidup sihat.

    Tambah penyanyi ini, beliau terpanggil untuk menurunkan berat badan selepas menerima teguran juri ketika menyertai program Famili Duo 2023 tahun lalu.

    “Sebenarnya sasaran saya bukanlah hendak terlalu turunkan berat badan. Saya hanya mahu sihat dan dengan cara ini juga kita dapat elakkan risiko dapat penyakit.

    “Sebelum ini saya pernah ditegur di hadapan orang ramai, dari situ saya berazam untuk ubah gaya hidup.

    “Banyak perubahan yang dapat saya rasakan. Selain membantu dalam teknik nyanyian saya juga sentiasa segar dalam melakukan aktiviti harian,” ujarnya.

    Dalam masa sama, kesedaran untuk menjaga kesihatan juga timbul memandangkan beliau dan isteri iaitu Amirah Syazwani Ridzuan bakal menyambut kelahiran anak kedua.

    “Keluarga semakin bertambah, jadi saya kena sentiasa sihat agar boleh terus mencari rezeki.

    “Saya bimbang jika jatuh sakit, siapa yang nak jaga keluarga,” jelasnya. – Agensi

    Bahran konsisten menjaga pemakanan. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jangka hayat Australia menurun buat kali pertama

    CANBERRA, 2 JULAI - Jangka hayat Australia turun buat kali pertama dalam hampir 30 tahun semasa pandemik COVID-19, dedah satu laporan kerajaan. Institut Kesihatan dan...