Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ariff cipta lagu untuk Sarah Suhairi

    Minat yang bersemi bukan hanya membabitkan bidang nyanyian, malah penyanyi Ariff Bahran kini berjinak-jinak dalam dunia penciptaan lagu.

    Dalam diam, Ariff atau nama sebenarnya, Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari sudah menghasilkan tiga karya.

    Dua single berjudul 3 Kucing dan Usah dihasilkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Mac lalu. Single 3 Kucing dihasilkan dan dinyanyikan bersama Yonniboii dan Adam E, manakala lagu Usah pula menyaksikan Ariff bergabung idea dengan Sufian Suhaimi.

    Single ketiga yang masih dirahsiakan judul dicipta bersama Ibnu Rinkarnaen dan Abuqut untuk penyanyi yang pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengannya, Sarah Suhairi.

    “Jika ada yang perasan entri terbaharu menerusi Instagram (IG), saya pernah menulis kapsyen, ‘mungkin ini juga balasan, di atas semua sambil lewaku’. Ia bukanlah dituju kepada sesiapa, tetapi lirik lagu nyanyian Sarah.

    “Insya-Allah, single yang masih belum boleh didedahkan judulnya itu akan dilancarkan, tidak lama lagi,” katanya kepada BH Online. Membolosi tiga pencalonan kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Sarah Suhairi dan Lagu Paling Boom Popular, Ariff berkata, dia serius mahu menjadikan dunia penciptaan lagu sebagai sumber rezeki. – Agensi

    Penyanyi Ariff Bahran kini mula berjinak-jinak dalam dunia penciptaan lagu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda