Thursday, October 3, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Arkitek tak perlukan AI’

    PARIS, 12 MEI – Arkitek British, Norman Foster telah menghabiskan masa enam puluh tahun melangkaui batas teknologi dengan struktur moden yang mengagumkan dari California ke Hong Kong, tetapi beliau masih belum yakin dengan kecerdasan buatan (AI).

    “AI pada masa ini mempunyai keupayaan untuk menipu, untuk mencipta,” katanya kepada AFP dalam temu bual baru-baru ini di Paris, yang mempamerkan hasil kerja retrospektifnya.

    “Kita hidup dalam dunia yang berbentuk fizikal, kita mendiami bangunan, jalan, dataran. Sifat fizikal itu tidak dapat ditiru oleh AI.”

    Foster telah mereka bentuk landskap bandar sejak tahun 1960an dan memenangi Hadiah Pritzker, setara dengan Hadiah Nobel dalam seni bina, pada tahun 1999.

    Projek utamanya termasuk ibu pejabat Apple berbentuk cincin gergasi di California, Stadium Wembley dan Jambatan Millennium di London, dan Reichstag di Berlin.

    Pakar menyifatkan syarikatnya, Foster and Partners, sebagai mungkin yang paling prolifik dalam sejarah, dan paling mahir dalam menavigasi trend dan teknologi yang berubah-ubah.

    “Dia membayangkan seni bina hampir sebagai organisma yang mengimbangi dirinya dengan udara, matahari, kehidupan,” kata Frederic Migayrou, kurator pameran Norman Foster di Pusat Pompidou di ibu negara Perancis. – AFP

    Foster semasa sesi bergambar di Paris baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda