Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Armada adakan majlis khatam Al-Quran

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Bersempena bulan suci Ramadan ini, Armada Properties Sdn Bhd telah mengadakan majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di Mahligai Aman, Jalan Ong Sum Ping, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Lembaga Pengarah Armada, Hajah Noorrafidah binti Sulaiman. Turut hadir ialah warga pengurusan, pegawai-pegawai dan kakitangan Armada Properties.

    Acara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Haji Aminurhazim bin Haji Osman, diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim Al-Quran.

    Lebih kurang 80 orang pegawai dan kakitangan menghadiri majlis tahunan Armada Properties tersebut.

    Hajah Noorrafidah hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda