Saturday, July 27, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Armada kongsi rezeki bersama keluarga memerlukan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Dalam sama-sama menanai komitmen syarikat terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR), Armada Properties Sdn Bhd turut tidak ketinggalan melaksanakan kempen amal tahunannya, baru-baru ini.

    Inisiatif berkenaan lebih menekankan dedikasi Armada untuk memberi kembali kepada masyarakat dan menyokong golongan yang memerlukan.

    Pada tahun ini, syarikat berkenaan telah berjaya menghulurkan bantuan kepada 25 buah keluarga kurang bernasib baik, termasuk ibu tunggal dan mualaf, di seluruh Daerah Brunei dan Muara. Keluarga-keluarga berkenaan merupakan golongan asnaf fakir di bawah Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM). Mereka menerima sumbangan dalam bentuk barangan asasi bagi meringankan beban mereka sepanjang bulan suci Ramadan dan juga untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri

    Ketua Pegawai Eksekutif Armada, Desmond Lim, menyatakan pihak syarikat berbesar hati dapat membantu golongan keluarga yang memerlukan bantuan.

    “Armada komited terhadap inisiatif yang bertujuan untuk kebajikan masyarakat dan memastikan sumbangan yang dilakukan itu begitu bermakna,” ujarnya.

    Selain itu, Armada turut menyumbang kepada beberapa community-driven initiatives, termasuk Kempen Sumbangan Ramadan Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) dan Projek Jelajah Ramadan di bawah Projek Bina Ukhwah. Sumbangan-sumbangan itu, yang difasilitasi melalui perkongsian dengan Jabatan Kerja Sosial Perubatan (MSW) PJSC dan Hand4Hand, bertujuan untuk menyokong pesakit dan keluarga yang kurang bernasib baik.

    Armada turut menghargai usaha golongan petugas kecemasan di negara ini dengan memberikan sumbangan kepada warga Balai Bomba Rimba dan Jerudong.

    Pengerusi Jawatankuasa CSR, Armada, Dayang Suhaila binti Haji Kabri yang mengetuai delegasi menyampaikan sumbangan-sumbangan berkenaan di mana ia sememangnya menyerlahkan solidariti pihak syarikat dengan mereka yang bekerja tanpa jemu untuk melindungi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat di negara ini.

    Oleh itu, pihak syarikat akan terus komited untuk memberikan impak yang bermakna melalui pelbagai inisiatif dan perkongsian; dan juga berusaha untuk memupuk pembangunan mampan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat di negara ini.

    Armada telah menghulurkan bantuan kepada 25 buah keluarga kurang bernasib baik, termasuk ibu tunggal dan mualaf, di seluruh Daerah Brunei dan Muara. – GAMBAR SERAHAN ARMADA PROPERTIES SDN BHD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...