Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Armada Properties beraya bersama pelanggan

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Syarikat Armada Properties Sdn Bhd turut menyemarakkan penghujung Syawal yang tinggal beberapa hari sahaja lagi dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya bagi pelanggan-pelanggan korporatnya dan juga penyewa-penyewa hartanah rumah di Armada Properties.

    Hampir 1,000 orang pelanggan dan penyewa telah pun menghadiri majlis tersebut yang berlangsung di Pusat Rekreasi Armada, Rimba Estate, petang tadi. Majlis tahunan itu adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama kakitangan Armada bersama pelanggan-pelanggan mereka.

    Tahun ini, Sambutan Hari Raya Armada Properties membawa tema tahun 60an yang mana para jemputan disajikan dengan hidangan lazat di samping dihiburkan lagi dengan pelbagai hiburan dan kotak-kotak pameran Hari Raya.

    Antara jemputan yang hadir pada majlis itu.
    Antara jemputan yang hadir pada majlis itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda