MIAMI, 30 Okt – Ryan Armour dari Amerika Syarikat (AS) membuat pukulan empat bawah par 68 semalam untuk memenangi gelaran Jelajah PGA AS yang pertamanya dalam Kejohanan Sanderson Farms.
Armour, 41, mendahului lima pukulan menerusi 54 lubang.
Dia mencatatkan enam birdie dalam menghasilkan pukulan empat bawah semalam di Country Club of Jackson, Mississippi, bagi purata 72 lubang dari 269 mata dan kemenangan lima pukulan di Chesson Hadley – yang juga mencatatkan card 68. Gelaran pertama Armour hadir dalam aksinya yang ke 105 dalam Jelajah PGA AS.
“Saya terharu. Saya tidak akan berdusta,’ kata Armour yang bertukar menjadi pemain pro pada 1999 dan sejak itu beraksi diantara Jelajah PGA dan litar web.com.

Dia melengkapkan 20 pertandingan Jelajah PGA AS dalam musim 2016-17, menamatkan 159 mata dalam senarai Piala FedEx. Dia terpaksa beraksi dalam pertandingan jelajah web.com untuk mengembalikan card miliknya bagi persaingan dalam jelajah utama.
“Terdapat masa yang sukar. Saya memikirkan untuk bersara, tetapi isteri saya tidak membenarkannya,” kata Armour.
“Syukur. Saya mencintainya. Ia kembali kepada kepercayaan dalam apa yang anda lakukan. Anda tahu jika anda percaya terhadap sesuatu, lakukannya, bekerja keras dan berseronok dalam melakukannya.” – AFP