Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Army BTS dapat anugerah ‘fandom paling dibenci’

    Peminat kumpulan kpop BTS yang menggelar diri mereka Army dipilih sebagai ‘fandom paling dibenci’ menerusi The Stan Twitter Choice Awards.

    Anugerah tersebut berdasarkan undian peminat diadakan setahun sekali melalui platform Twitter yang kini dikenali sebagai X.

    Pemilihan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat BTS namun ramai berbangga dengan pencapaian tersebut, lapor mStar.

    Ini disebabkan Army berjaya mengekalkan anugerah yang dimenangi tahun lalu itu.
    “Sangat bangga dengan Army, tahniah!

    “Dua tahun sudah kita menang. Tiada siapa yang mampu menangis seperti kita.

    “Terima kasih! Anugerah ini sangat berharga bagi kami. Kami akan berusaha lebih tahun hadapan,” kata mereka.

    Anugerah tersebut diadakan bagi menghargai jasa peminat yang sentiasa menyokong artis kegemaran mereka. – Agensi

    Army BTS diiktiraf sebagai fandom paling dibenci. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda