Saturday, December 28, 2024
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ARMY tak setuju Kim Woo Bin beli bangunan bekas pejabat BTS

    Tindakan pelakon Kim Woo Bin membeli bangunan lama yang pernah menjadi ibu pejabat agensi kumpulan BTS mengundang rasa kurang senang peminat kumpulan tersebut.

    AsiaOne melaporkan Woo Bin, 35, membeli bangunan tersebut dengan harga bernilai 13.4 billion won atau RM61.8 juta pada 25 Jun lalu.

    Sebelum ini, bangunan yang terletak di Gangnam itu dahulunya menempatkan syarikat pengurusan BTS iaitu Big Hit Entertaiment sejak 2007.

    Namun setelah populariti kumpulan tersebut mendadak naik, mereka mengambil keputusan berpindah ke lokasi lain pada tahun 2018.

    Walaupun tidak lagi digunakan, bangunan tersebut tetap menerima kunjungan peminat dari seluruh dunia malah dindingnya turut dipenuhi dengan contengan mesej kepada BTS.

    Susulan itu, rata-rata peminat yang menggelar diri mereka sebagai ARMY meluahkan kebimbangan sekiranya contengan mesej berkenaan akan dihapuskan.

    Malah ada yang bertindak menyatakan rasa tidak puas hati mereka di ruangan komen Instagram milik pelakon itu.

    “Kenapa awak beli bangunan itu? Tempat itu sangat bermakna untuk kami!

    “Tolong jangan hapuskan mesej-mesej ARMY untuk BTS, itu semua kenangan,” komen warganet. – Agensi

    Kim Woo Bin membeli bangunan tersebut dengan harga RM61.8 juta. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda