IGUALADA, 1 SEPT – Pelumba Sunweb, Nikias Arndt berjaya mengharungi cuaca hujan dan keadaan berbahaya untuk meraih kemenangan pada peringkat kelapan Vuelta a Espana, sementara Nicolas Edet mengambil alih sebagai pendahulu keseluruhan.
Arndt, 27, merupakan sebahagian daripada platun pendahulu dan ketika hujan mula turun, dia berjaya berada di depan pada pecutan akhir untuk meraih kemenangan di Igualada, berdekatan Barcelona, di akhir perlumbaan sejauh 166.9 kilometer dari Vals.
Semasa pecutan itu, pelumba Jerman itu mengatasi Alex Aranburu (Caj Rural) yang menamatkan di kedudukan kedua dan tempat ketiga disandang oleh Tosh vn Sande (Lotto-Soudal).
“Saya selalu katakan bahawa saya memenangi satu peringkat dan kini saya telah
menang di Vuelta,” kata Arndt, yang juga memenangi satu peringkat di Giro d’ Itali tiga tahun lalu.
Edet, yang merupakan pendaki terbaik semasa Vuelta 2013, mengambil kelebihan daripada kehambaran dalam kalangan pelumba pilihan untuk menamatkan sembilan minit di depan platun dan merampas jersi merah daripada Miguel Angel Lopez.
Peringkat yang sebahagiannya mendatar itu, yang hanya menampilkan satu pendakian di 30 kilometer terakhir, dilihat sebagai ‘rehat’ antara peringkat ketujuh berbukit pada Jumaat lagi dengan peringkat seterusnya pada Ahad ini di pergunungan Andorra. – AFP
