Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Arnold hantar bakat muda wakil Australia

    CANBERRA, 8 NOV – Jurulatih Australia, Graham Arnold hari ini mengumumkan skuad 26 pemain untuk Piala Dunia FIFA akan datang di Qatar dengan mengutamakan bakat muda.

    Skuad itu menampilkan 17 pemain yang pertama kali menyertai Piala Dunia. Pemain sensasi remaja, Garang Kuol yang akan menyertai kelab Liga Perdana, Newcastle United pada Januari adalah antara tujuh pemain dari kelab Liga-A domestik, kata Xinhua.

    Kapten dan penjaga gol, Mathew Ryan, pemain paling berpengalaman dengan 75 caps, adalah antara dua pemain yang akan beraksi buat kali ketiga dalam Piala Dunia bersama pemain sayap, Mathew Leckie.

    Socceroos adalah antara pasukan terakhir yang layak ke Qatar, menewaskan Peru menerusi penentuan sepakan penalti dalam play-off pada Jun untuk mara ke Piala Dunia kali kelima berturut-turut.

    “Ia merupakan kempen kelayakan yang unik dan sukar dan kami kini tiba di Qatar dengan skuad menarik yang akan melakukan segala-galanya untuk membanggakan Australia di pentas dunia,” kata Arnold dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata sejak empat tahun lalu, 32 pemain telah membuat penampilan sulung untuk pasukan kebangsaan, dengan 68 pemain bersaing semasa kempen kelayakan dan ‘setiap daripada mereka telah memainkan peranan sehingga membawa kami ke tahap ini’.

    “Kami telah bekerja keras untuk memberi peluang kepada pemain muda sepanjang kempen, mendedahkan mereka kepada bola sepak antarabangsa, menguji mereka menentang yang terbaik dan saya teruja dengan perkembangan dan kematangan kumpulan ini yang kini mendapat peluang di pentas terbesar.”

    Pemain pertahanan tengah, Trent Sainsbury – pemain yang menonjol untuk Socceroos di Piala Dunia 2018 – digugurkan dengan Arnold sebaliknya mempertaruhkan Harry Souttar dan Kye Rowles yang pulih daripada kecederaan jangka panjang.

    Pemain penyerang, Ajdin Hrustic turut dipilih walaupun mengalami kecederaan buku lali, manakala veteran Tom Rogic juga tiada tempat dalam skuad itu selepas menarik diri daripada skuad untuk perlawanan Peru atas sebab peribadi. Socceroos telah diundi menentang juara bertahan Perancis, Denmark dan Tunisia dalam peringkat kumpulan. – Bernama

    Arnold kali ini mengutamakan bakat muda untuk Piala Dunia FIFA di Qatar. – ANN/The Star
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...