Sunday, October 6, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arnold Schwarzenegger baiki sendiri jalan berlubang

    Muak dengan lubang besar di kawasan kejiranan Los Angeles, Arnold Schwarzenegger mengambil penyodok dan mengisinya sendiri.

    Pelakon dan bekas gabenor California itu memuat naik di Twitter video beliau dan seorang pembantu menggunakan konkrit untuk membaiki jalan di kawasan Brentwood.

    “Hari ini, selepas seluruh kawasan kejiranan kecewa dengan jalan berlubang gergasi yang telah merosakkan kereta dan basikal selama berminggu-minggu, saya keluar bersama pasukan saya dan membetulkannya,” tulisnya di Twitter. “Saya selalu cakap, jangan kita merungut, mari buat sesuatu tentangnya. Inilah dia.”

    Seorang jiran menurunkan tingkap keretanya dan menjerit terima kasih kepada bintang filem aksi itu.

    “Sama-sama,” kata Schwarzenegger, yang memakai but kerja, jaket kulit dan kaca mata hitam yang mengingatkan peranannya dalam Terminator.

    “Awda perlu melakukannya sendiri. Ini gila. Sudah tiga minggu saya menunggu lubang ini ditutup,” katanya. – AP

    Tangkap layar video ini disediakan oleh The Office of Arnold Schwarzenegger, menunjukkan Schwarzenegger (kanan), membaiki lubang di jalan raya di kejiranan Los Angeles baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda