Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arsenal atasi Nottingham Forest

    LONDON, 14 SEPT – Dua jaringan hasil Martin Zubimendi menjulang Arsenal ke puncak Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Nottingham Forest 3-0 semalam.
     
    Kepulangan Ange Postecoglou ke Liga Perdana Inggeris dalam penampilan sulungnya sebagai pengurus Forest dikecewakan dengan aksi bertenaga Arsenal.
     
    Skuad kendalian Mikel Arteta mempunyai tempoh dua minggu ketika rehat antarabangsa untuk mengkaji semula kekalahan 1-0 kepada pencabar kejuaraan, Liverpool, hasil sepakan percuma menakjubkan Dominik Szoboszlai.
     
    Namun, The Gunners bangkit dengan tiga kemenangan daripada empat perlawanan hasil sentuhan seorang wira yang tidak dijangka.
     
    Zubimendi, yang hanya menjaringkan 10 gol dalam 236 penampilan bersama Real Sociedad dan dibeli dengan harga £60 juta kerana kekuatan bertahan serta keupayaannya mengawal permainan dari bahagian tengah, memecahkan kebuntuan pada minit ke-32 dengan voli kencang dari luar kotak penalti.
     
    “Luar biasa daripada Zubimendi,” kata Arteta.
     
    “Dua gol yang sangat sukar dari segi penyudah. Dia datang ke kelab ini dan awda boleh rasakan kehadiran serta kewibawaan sebenar dalam setiap aksinya di atas padang.”
     
    Kurang daripada 60 saat selepas separuh masa kedua bermula, Viktor Gyokeres menambah jaringan kedua Arsenal hasil hantaran lintang Eberechi Eze sebelum Zubimendi menanduk masuk gol keduanya. – AFP
     
    Aksi Martin Zubimendi menjaringkan gol ketiga pasukannya dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Nottingham Forest di Stadium Emirates, London pada 13 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda