Saturday, July 26, 2025
34.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arsenal beli pemain pertahanan Valencia, Mosquera

    LONDON, 25 JULAI – Arsenal kelmarin umumkan pembelian pemain pertahanan Valencia, Cristhian Mosquera, dengan perbelanjaan hampir £140 juta.

    Pemain antarabangsa Sepanyol bawah 21 itu menyertai The Gunners dengan bayaran awal sekitar £13 juta dengan pertambahan bayaran mengikut prestasi, dan difahamkan telah bersetuju dengan perjanjian lima tahun.

    Pemain berkenaan menjadi yang kelima Arsenal dalam beberapa minggu kebelakangan ini, bersedia untuk berdamping dengan William Saliba dan Gabriel di barisan pertahanan tetapi juga boleh beroperasi di mana-mana bahagian garisan pertahanan.

    Mosquera, yang bermain 41 kali untuk Valencia musim lalu, telah menyertai Arsenal untuk lawatan mereka ke Singapura dan Hong Kong.

    “Ia amat bermakna bagi saya,” katanya kepada laman web kelab. “Terdapat banyak kerja keras di sebalik semua ini.

    “Ia adalah peluang yang datang dan saya tidak boleh membiarkannya berlalu begitu sahaja. Saya menyertai kelab yang bersejarah dan terkenal. Apabila awda tiba di sini bersama keluarga awda, awda benar-benar merasakan kehebatan tempat ini.”

    Pengurus Mikel Arteta menyifatkan Mosquera sebagai “pemain bijak dengan rentak yang baik, yang boleh bermain di bahagian tengah serta kiri dan kanan”.

    Mosquera berindah ke Emirates mengikuti pemain pemain lain seperti Martin Zubimendi, penjaga gol Kepa Arrizabalaga, Christian Norgaard dan Noni Madueke.

    Gabriel dan Myles Lewis-Skelly juga telah menandatangani lanjutan kontrak baharu seiring dengan Ethan Nwaneri yang hampir setuju.

    Arsenal tetap berharap untuk mendapatkan pemain penyerang Viktor Gyokeres dari Sporting Lisbon.

    The Gunners, yang telah menamatkan saingan sebagai naib juara Liga Perdana sebanyak tiga kali berturut-turut, akan bertemu  Manchester United pada 17 Ogos sebagai pembukaan kempen 2025/26. – AFP

    Aksi Cristhian Mosquera (kanan) dicabar Lewandowsky semasa perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol antara Barcelona dan Valencia di stadium Olimpic Lluis Companys di Barcelona, Sepanyol, pada April 2024. – Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda