Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arsenal hadapi ujian Fulham

    LONDON, 10 MAC – Arsenal bertandang ke Fulham dalam ujian kelayakan terbaharu kejuaraan Liga Perdana The Gunners hujung minggu ini ketika Manchester City menyasar menambah tekanan ke atas anak buah Mikel Arteta dengan kemenangan di Crystal Palace.

    Liverpool merupakan pasukan terbaik dalam perlumbaan untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas menjelang kunjungan mereka ke Bournemouth selepas membelasah Manchester United 7-0 hujung minggu lalu.

    Di bahagian tercorot, sembilan kelab terpisah dengan hanya enam mata.

    Leicester dan West Ham termasuk dalam senarai dan perlawanan di laman sendiri hujung minggu ini mesti dimenangi Brendan Rodgers dan David Moyes untuk mengekalkan jawatan mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda