Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Arsenal hampiri pusingan 16 terakhir

    LONDON, 23 JAN – Arsenal semakin menghampiri 16 terakhir Liga Juara-juara selepas jaringan Declan Rice dalam masa 106 saat sahaja memberi inspirasi kepada kemenangan 3-0 mereka menentang Dinamo Zagreb, kelmarin.

    Skuad kendalian Mikel Arteta mendahului dalam perlawanan terakhir fasa liga mereka hasil sentuhan klinikal Rice.

    Sementara Kai Havertz dan Martin Odegaard menjaringkan gol pada separuh masa kedua di Stadium Emirates ketika Arsenal melonjak ke tempat ketiga dalam kedudukan liga.

    Arsenal telah memenangi lima daripada tujuh perlawanan fasa liga mereka, hanya tewas sekali, dan hampir pasti akan menamatkan saingan dalam kelompok lapan terbaik, yang memastikan kelayakan automatik ke pusingan 16 terakhir.

    Pasukan London utara, yang tidak pernah memenangi Liga Juara-juara, akan bertandang ke Girona untuk perlawanan terakhir mereka dalam fasa liga minggu depan mengetahui satu mata akan menjamin kedudukan lapan teratas.

    Dengan Arsenal mendahului tiga mata ke atas sekumpulan pasukan di bawah tangga kelapan, satu kekalahan masih membolehkan mereka mara kerana perbezaan gol lebih baik.

    Ia adalah kemenangan yang amat diperlukan untuk Arsenal selepas keputusan seri 2-2 pada hujung minggu lalu menentang Aston Villa, di mana The Gunners telah mensia-siakan kelebihan dua gol untuk meleburkan harapan kejuaraan Liga Perdana mereka.

    Arsenal hanya memenangi dua daripada enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan dan melangkah ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-juara adalah satu rangsangan berikutan penyingkiran perlawanan Piala FA menentang Manchester United yang beraksi dengan 10 pemain dan kekalahan separuh akhir pertama Piala Liga kepada
    Newcastle. – AFP

    Arijan Ademi (kiri) bergelut dengan Odegaard untuk bola semasa perlawanan bola sepak di Stadium Emirates di utara London pada 22 Januari. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...