LONDON, 27 OKT – Arsenal lanjutkan kedudukan mata sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris kepada empat mata apabila gol Eberechi Eze menewaskan bekas kelabnya Crystal Palace 1-0 kelmarin.
Bournemouth kini merupakan pencabar terdekat Gunners di tempat kedua.
Selepas kekalahan terbaru Liverpool kepada Brentford pada hari Sabtu, Arsenal menikmati hujung minggu yang sempurna apabila kedua-dua pesaing gelaran mereka semakin ketinggalan semasa Arsenal juga semakin kuat.
Eze meninggalkan Eagles untuk menyertai Arsenal dalam perjanjian bernilai £60 juta Ogos lalu dan gol pertamanya di Liga Perdana Inggeris menjadi penentu apabila anak buah Mikel Arteta sekali lagi dapat bergantung pada kehebatan set-piece mereka selain barisan pertahanan yang kukuh.
Pemain antarabangsa England itu menjaringkan gol voli selepas Palace gagal mengeluarkan sepakan percuma Declan Rice enam minit sebelum separuh masa.
Arsenal juga kelihatan masih belum mencapai tahap terbaik, tetapi sudah cukup jadi pendahulu kerana mereka mengekalkan rekod tanpa bolos ke-10 dalam 13 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.
Satu-satunya kebimbangan Arteta kini adalah Rice dan William Saliba yang terpaksa diganti pada separuh masa kedua akibat kecederaan.
Arsenal kini mendahului City yang berada di tempat keempat dengan enam mata dan juga mendahului Liverpool yang berada di tempat keenam dengan jarak tujuh mata. – AFP


