Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arsenal kekal di puncak liga

    LONDON, 26 FEB – Arsenal kekal dua mata di hadapan di tangga teratas Liga Perdana menerusi kemenangan 1-0 di Leicester, ketika Manchester City meneruskan usaha mereka untuk memintas The Gunners dengan membelasah Bournemouth 4-1.

    Gabriel Martinelli merupakan pemenang perlawanan untuk Arsenal di stadium King Power dalam permainan yang didominasi oleh pelawat.

    “Untuk tempoh masa kami menguasai penguasaan bola dan jumlah situasi yang kami hadapi pada suku ketiga perlawanan, kami sepatutnya mencipta lebih banyak peluang dan menjaringkan lebih banyak gol,” kata bos Arsenal, Mikel Arteta.

    “Apabila awda tidak melakukannya, awda perlu bekerja lebih keras dalam pertahanan dan kami hanya menjaringkan satu gol.

    Kami bertahan dengan baik.”

    Aksi Pemain Arsenal, Gabriel Martinelli, semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Stadium The King Power, Leicester, England, kelmarin. – AP

    Keputusan Arteta untuk menurunkan kedua-dua Martinelli dan Leandro Trossard dalam senarai tiga pemain serangan menggantikan Eddie Nketiah adalah berbaloi dan membuahkan hasil.

    Trossard melalui babak pertama yang hebat apabila dia meledak ke penjuru namun dibatalkan kerana rakaman VAR mendapati ada kekasaran dilakukan oleh Ben White terhadap penjaga gol Leicester, Danny Ward.

    Namun jaringan Martinelli tidak dinafikan seminit selepas bermula babak kedua apabila dia dengan tenang menyempurnakan hantaran lintang Trossard.

    Bukayo Saka menjaringkan gol kedua namun dibatalkan kerana ofsaid apabila Arsenal gagal mengubah penguasaan mereka menjadi jaringan yang lebih meyakinkan.

    Dalam pada itu, City juga kurang menyerlah setelah mempamerkan persembahan yang tidak memuaskan ketika seri 1-1 menentang Nottingham Forest dan RB Leipzig pada minggu lalu.

    Tetapi juara bertahan itu menewaskan Bournemouth untuk mengurangkan jurang di kedudukan atas kepada dua mata. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda