Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arsenal, Leicester terus mara

    PARIS, 27 NOV – Pemain akademi Arsenal membantu pasukannya mara ke peringkat kalah mati Liga Europa semalam, sementara Leicester memerlukan jaringan penyamaan dari Jamie Vardy (gambar bawah) untuk terus mara.

    Pemain mahal Arsenal, Nicolas Pepe mempamerkan aksi yang baik setelah dibuang padang semasa perlawanan seri 0-0 di Leeds pada Ahad lalu, dengan menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan 3-0 di Molde.

    Reiss Nelson menggandakan kedudukan dan Folarin Balogun menjaringkan gol kurang dari satu minit setelah masuk sebagai pemain gantian sekali gus gol pertamanya untuk kelab.

    Hoffenheim dan Leicester juga mara ke pusingan 32 dengan berbaki dua perlawanan lagi.

    Leicester menyamakan kedudukan tiga kali dan berakhir dengan keputusan seri 3-3 di Braga, dengan Vardy mencatatkan jaringan gol lewat pada masa kecederaan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda