PARIS, 1 Nov – Setelah membuat permulaan yang sempurna dalam kempen Liga Europa, Arsenal boleh memastikan tempat dalam fasa kalah mati dengan berbaki dua perlawanan dengan menewaskan Red Star Belgrade awal pagi Jumaat ini.
Gunners menjadi hos pemenang Piala Eropah 1991 di utara London selepas dua minggu yang menyaksikan jaringan lewat menarik dari Olivier Giroud untuk memastikan kemenangan 1-0 di Belgrade.
Setelah mencatatkan kemenangan ke atas Cologne dan BATE Borisov, pasukan kendalian Arsene Wenger berada di kedudukan teratas Kumpulan H dengan mata maksimum dan menghindarkan kekalahan menentang pendahulu liga Serbia itu sudah cukup bagi mereka untuk mara ke 32 pasukan terakhir.
Bagi pasukan yang semakin berkeyakinan selepas empat kemenangan berturut-turut dalam semua persaingan, satu lagi kemenangan seharusnya tidak terlalu berat, walaupun Wenger sekali lagi akan menggilirkan skuadnya dengan tumpuan ke atas pertemuan Liga Perdana hujung minggu ini menentang Manchester City.
Everton, sebuah lagi pasukan Inggeris dalam persaingan, berada dalam kedudukan yang kurang menarik ketika mereka menuju ke Perancis untuk menentang Lyon.
Berada dalam zon penyingkiran bagi Liga Perdana dan tanpa pengurus kekal sejak pemecatan Ronald Koeman minggu lalu, pasukan Toffees mungkin disingkirkan dari Eropah esok.
Senario seumpama itu akan berbangkit jika mereka tewas dan pendahulu Kumpulan E, Atalanta menghindarkan kekalahan mereka dalam perlawanan menentang Apollon Limassol di Cyprus.
Ia adalah kempen sukar setakar ini bagi Everton, yang terikat seri di gelanggang sendiri kepada Apollon kedua-duanya kekalahan kepada Atalanta dan tewas 2-1 kepada Lyon bulan lalu.
Mereka tewas dua perlawanan setakat ini di bawah kendalian pengurus sementara David Unsworth, berikutan tewas 2-1 di Chelsea dalam Piala Liga dengan kekalahan 2-0 bagi persaingan Liga Perdana di Leicester City. – AFP