LONDON, 15 Mei – Hector Bellerin menyokong Arsenal untuk meningkatkan tekanan bagi kelayakan Liga Juara-Juara ketika pasukannya menghadapi pertembungan penentuan untuk mara atau kecewa menentang Sunderland pada Ahad ini.
Pasukan kendalian Arsene Wenger berada tiga mata di belakang Manchester City dan ketinggalan empat mata di belakang pasukan Liverpool, yang beraksi dengan lebih satu perlawanan berbanding empat pasukan teratas.
Gunners yang berada di tangga kelima dan City yang akan beraksi Rabu ini, dengan pasukan kendalian Pep Guardiola akan menjadi hos kepada West Bromwich Albion.
Kemenangan Arsenal dengan membenam Stoke 4-1 pada Sabtu lalu memberikan mereka harapan untuk mengawal nasib mereka, tetapi Liverpool memberikan respons dengan menewaskan West Ham semalam.
Hasil perlawanan, pasukan dari utara London itu bergantung ke atas kekalahan City atau Liverpool untuk berada di empat kedudukan teratas.
Tetapi jika mereka gagal untuk menewaskan Sunderland yang sudah disingkirkan di Stadium Emirates, ia pasti menamatkan cabaran mereka dalam kedudukan yang melemahkan semangat.
Bellerin merasa yakin dengan cara mereka berdepan dengan tekanan Stoke untuk melakarkan kemenangan kelima dalam enam perlawanan terakhir mereka membuktikan Arsenal berazam untuk menamatkan musim ini dengan kuat, tidak mengira apa yang berlaku dalam perebutan Eropah. – AFP