Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Arsenal mara peringkat kalah mati

    LONDON, 30 NOV – Arsenal mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara sebagai juara Kumpulan B selepas meledak empat gol dalam masa 14 minit ketika mencatat kemenangan 6-0 ke atas Lens awal pagi tadi.

    Skuad kendalian Mikel Arteta memerlukan satu mata untuk memastikan mara ke peringkat kalah mati, tetapi mereka tidak berpuas hati dengan sasaran itu apabila mereka menumpaskan kelab Perancis yang gagal memberi tentangan di Stadium Emirates.

    Kai Havertz, Gabriel Jesus, Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli berjaya menjaringkan gol pada 27 minit pertama.

    Martin Odegaard menambah gol kelima sejurus sebelum rehat dan Jorginho menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal dengan sepakan penalti lewat permainan bagi meraih kemenangan terbesar mereka musim ini.

    Dengan berbaki satu perlawanan, The Gunners sudah menjaminkan tempat selaku juara kumpulan apabila mereka memiliki kelebihan empat mata di depan PSV Eindhoven.

    PSV turut mengesahkan slot ke peringkat kalah mati selepas kekalahan Lens dan kemenangan 3-2 di Sevilla pagi tadi.

    Mendapatkan kedudukan teratas dalam kumpulan bermakna Arsenal akan mempunyai kelebihan perlawanan di tempat sendiri pada pusingan 16 terakhir.

    “Saya tidak pernah bermimpi akan terjadi seperti ini. Kami berpeluang melayakkan diri dan mengungguli kumpulan. Kami melakukannya dengan cara yang cantik,” kata Arteta. – AFP

    Reaksi Saka meraikan gol ketiga pasukannya semasa perlawanan Liga Juara-Juara di stadium Emirates, di London, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...