Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Arsenal menang selesa

    BRIGHTON, 7 APRIL – Mikel Arteta percaya bahawa Arsenal lebih bersedia untuk perebutan kejuaraan Liga Perdana setelah kekecewaan mereka gagal mencapainya pada musim lalu selepas pasukannya mendahului liga dengan kemenangan 3-0 di Brighton baru-baru ini.

    Tahun lalu, The Seagulls menangi 3-0 di Emirates sekali gus menamatkan harapan The Gunners untuk meraih gelaran Liga Perdana pertama sejak 2004.

    Dua belas bulan kemudian, anak buah Arteta sudah matang dan kelihatan bersedia untuk menyahut cabaran menewaskan Liverpool dan Manchester City bagi menamatkan penantian dua dekad mereka untuk memenangi liga.

    Arsenal unggul satu mata di hadapan Liverpool, yang menentang Manchester United hari ini, dan juara Manchester City di puncak liga.

    Bukayo Saka membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti sebelum Kai Havertz yang sering dikritik menjaringkan gol kelimanya dalam sembilan perlawanan terakhir Arsenal.

    Reaksi Saka selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Brighton, selatan England pada 6 April. – AFP

    Leandro Trossard muncul dari bangku simpanan untuk menghantui kelab lamanya dengan rembatan hebat yang tenang melepasi Bart Verbruggen pada penghujung perlawanan.

    “Kami lebih berpengalaman. Kami telah melalui banyak detik bersama-sama dan keserasian yang kami bina dalam pasukan,” kata Arteta mengenai apa yang berbeza daripada setahun lalu apabila City memintas jauh di akhir saingan terakhir.

    “Kami menandatangani beberapa pemain hebat yang membantu. Skuad ini sihat dan momentumnya bagus,” ujarnya.

    Brighton tidak pernah tewas di tempat sendiri dalam 14 perlawanan dalam semua kejohanan sejak September, tetapi mereka tidak mampu menandingi Arsenal dalam pertemuan itu.

    Mereka kini telah menang 10 perlawanan dan seri satu berbanding Manchester City, daripada 11 perlawanan liga terakhir mereka. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...