LONDON, 23 OKT – Mikel Arteta mengakui Arsenal mengalami ‘keletihan’ selepas gol sendiri daripada penjaga gol Shakhtar Donetsk, Dmytro Riznyk memberikan The Gunners kemenangan 1-0 dalam Liga Juara-juara kelmarin.
Pasukan Arteta telah tewas 2-0 menentang Cherries dalam Liga Perdana hujung minggu lalu. Itu adalah kekalahan pertama Arsenal dalam semua pertandingan sejak perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada April.
Sambutan mereka terhadap Shakhtar tidak meyakinkan, tetapi mereka hanya melakukan secukupnya untuk meraih tiga mata hasil jaringan sendiri pada separuh masa pertama daripada jaringan Gabriel Martinelli.
Leandro Trossard pula terlepas sepakan penalti yang di Stadium Emirates.
“Ia sentiasa sukar dalam Liga Juara-juara. Kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol pada separuh masa pertama dan separuh masa kedua saya berasa sedikit keletihan,” kata Arteta.
“Kredit kepada Shakhtar, mereka berani. Apabila anda memberi mereka masa pada bola dan anda kehilangan bola, anda akan terima padahnya.
“Bermain 60 minit dengan 10 pemain beberapa hari lalu adalah sukar. Kami membiarkan permainan agak terbuka tetapi kami berjaya menjaringkan tiga mata,” ujarnya lagi.
Kecewa dengan Trossard mengambil penalti dan bukannya Kai Havertz, Arteta menambah: “Saya tidak tahu. Dia adalah salah seorang yang mengambil penalti tetapi Leo yang mengambilnya.”
Yang membimbangkan bagi Arteta, Riccardo Calafiori telah dipaksa keluar pada separuh masa kedua selepas kelihatan mengalamai kecederaan lutut yang bakal menambah kepada kehilangan Bukayo Saka, Martin Odegaard dan Jurrien Timber.
Arteta sudah pun tanpa pemain pertahanan Perancis yang digantung, William Saliba untuk pertembungan penting Liga Perdana Ahad dengan pendahulu Liverpool.
“Saka masih belum berlatih jadi dia tidak akan dapat bermain dan Calafiori masih sangsi. Jadi, ada sedikit kebimbangan,” kata Arteta.
Arsenal mengawal permainan sebelum gol pembukaan kebetulan mereka pada minit ke-29 apabila Martinelli mengancam pertahanan Shakhtar dengan menyerbu ke dalam untuk merembat rendah yang mengenai tiang dan melantun ke gawang mengenai belakang Riznyk.
Trossard pula mengambil sepakan penalti tetapi percubaannya mudah diselamatkan oleh Riznyk menjadi satu kesilapan yang mengecewakan Arsenal. – AFP