Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arsenal mesti ‘tunjuk taring’ – Arteta

    LONDON, 11 NOV – Mikel Arteta menggesa Arsenal untuk ‘menunjukkan taringnya’ selepas pasukannya mengalami ‘mimpi ngeri’ apabila hanya seri 1-1 menentang Chelsea.

    Keputusan itu turut memberi tamparan baharu kepada harapan Arsenal memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris kelmarin.

    Pasukan Arteta melebur peluang semasa mendahului dengan jaringan Gabriel Martinelli pada separuh masa kedua apabila jaringan penyamaan jarak jauh Pedro Neto menambah rekod tanpa menang Arsenal kepada empat perlawanan liga.

    Dengan hanya tiga kemenangan dalam sembilan perlawanan liga terakhir mereka, kini Gunners di tangga keempat merosot sembilan mata di belakang pendahulu Liverpool.

    Arteta masih percaya mereka boleh kembali memburu kejuaraan seandainya mereka bermain dengan sedikit garang.

    Ditanya apa yang Arsenal perlu lakukan untuk merapatkan jurang dengan Liverpool, bos Gunners itu berkata: “Menang, menang dan menang. Itulah yang perlu kami lakukan. Tiada apa yang boleh kami ubah tentang kedudukan kami sekarang.

    “Apabila keadaan menjadi sukar, tunjukkan taring dan semangat mahu menang awda. Apabila berada di Disneyland, semuanya cantik dan semua orang baik dengan awda. Tetapi apabila ia menjadi gelap dan sukar, itulah masanya untuk menunjukkan keberanian awda.”

    Arteta telah dihambat oleh kecederaan kepada Martin Odegaard, Jurrien Timber dan Bukayo Saka antara lain, dengan deretan kad merah juga mengganggu pasukannya pada awal musim ini.

    Kapten berpengaruh, Odegaard kembali dari kecederaan dan memberikan hantaran hebat untuk gol Martinelli sebagai tanda memberangsangkan untuk Arteta.

    Selepas kekalahan berturut-turut menentang Inter Milan dan Newcastle, Arteta hanya dapat menikmati sedikit daripada persembahan Arsenal, terutamanya apabila mereka melepaskan satu gol yang menyebabkan dia marah.

    “Kami adalah pasukan yang lebih baik dalam banyak fasa dan seterusnya. Saya sangat kecewa dengan cara kami bolos. Ia sangat lemah. Ia bukan standard kami dan kami tidak menerimanya,” katanya.

    “Ia adalah set-piece fasa kedua dan kami tidak teratur. Kami tidak menyusun semula dengan cukup pantas,” ujarnya.

    Reaksi Martin Odegaard semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea di stadium Stamford Bridge, London kelmarin – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda