LONDON, 26 JUN – Arsenal terus menaruh harapan mereka untuk layak ke Eropah ketika Eddie Nketiah mempamerkan aksi cemerlangnya meledakkan gol melepasi penjaga gawang Southampton, Alex McCarthy untuk kemenangan 2-0 pada perlawanan semalam.
Pasukan Mikel Arteta menemui jaringan awal pada separuh masa pertama di Stadium St Mary ketika Nketiah melakukan rembatan cantik melalui hantaran McCarthy.
Joe Willock menggandakan jaringan buat Arsenal pada minit terakhir separuh masa kedua, sejurus selepas Jack Stephens dari Southampton dilayangkan kad merah kerana mengasari Pierre-Emerick Aubameyang.
Arsenal mengalami kekalahan dua kali berturut-turut setelah Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali semula selepas sekatan akibat COVID-19.
Perjuangan dan usaha mereka untuk mara ke Liga Juara-Juara berakhir dan mencetuskan lagi kritikan terhadap keputusan Arteta untuk memberikan kontrak baharu kepada David Luiz dan Cedric Soares walaupun mereka masing-masing mengalami masalah kecederaan yang teruk.
Meskipun menyedihkan kerana gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara, kemenangan Arsenal Semalam di St Mary, yang membawa mereka ke tempat kesembilan liga dan memberi mereka peluang untuk menempah masuk ke Liga Europa musim depan. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2020/06/page-22-C_27062020-1.jpg)