Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arsenal, Newcastle berkongsi mata

    LONDON, 4 JAN – Arsenal gagal menjaringkan gol setelah seri 0-0 ketika menentang Newcastle kelmarin tetapi masih dapat mempertahankan kedudukan mereka di posisi teratas carta Liga Inggeris, manakala Manchester United mengekalkan kedudukan mereka di posisi keempat.

    Anak buah Mikel Arteta menerima tentangan yang sengit di Stadium Emirates yang penuh penonton tetapi mengadu bahawa pasukannya tidak diberikan dua penalti di hadapan penonton tuan rumah.

    Arteta merasa marah kerana Arsenal gagal merayu untuk mendapatkan sepakan penalti pada saat-saat akhir masa tambahan selepas hantaran lintang ke dalam kotak penalti terkena lengan Jacob Murphy.

    Jurulatih Gunners itu juga mengadu Dan Burn bersalah atas tindakannya menarik baju permain pertahanannya Gabriel di kawasan itu pada awal babak separuh masa kedua.

    Arteta yakin Arsenal telah dinafikan peluang untuk mencetak gol melalui sepakan penalti yang berkemungkinan menjadi tamparan hebat buat Newcastle.

    “Saya begitu bangga sekali dengan para pemain saya. Cara permainan kami menguasai permainan. Kami menghadapi pelbagai situasi. Kemudian kami dinafikan dua peluang jaringan penalti,” kata Arteta. – AFP

    Aksi Miguel Almiron, kanan, bersaing men-dapatkan bola dengan Granit Xhaka semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Newcastle United di Stadium Emirates di London, 3 Januari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda