Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arsenal tak cukup bagus – Arteta

    LIVERPOOL, 7 DIS – Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta menyelar aksi pemainnya selepas Everton meledak gol dua kali dalam tempoh 11 minit terakhir untuk mengatasi The Gunners, 2-1 kelmarin.

    Skuad kendalian Arteta melepaskan peluang untuk menyertai kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mensia-siakan kelebihan mendahului jaringan di Manchester United dan Goodison Park dalam tempoh lima hari.

    Everton berdepan kemarau kemenangan dalam lapan perlawanan sebelum ini kelihatan seperti akan meneruskan kekecewaan mereka apabila dua gol Richarlison dibatalkan kerana ofsaid.

    Arsenal mendahului permainan menerusi Martin Odegaard namun Richarlison memastikan jaringan ketiganya diterima sebelum Demarai Gray meledak gol kemenangan Everton dalam masa kecederaan.

    “Saya tak suka persembahan pada separuh masa pertama. Tiada ancaman, serangan, amat berbeza dengan apa yang kami cuba lakukan. Ia tidak cukup bagus.

    “Apa yang saya mahukan adalah lebih lagi daripada pasukan saya.

    Hari ini kami mempunyai perlawanan yang dikawal dan kami perlu mencari jalan untuk menang.

    “Dalam Liga Perdana apabila ada ruang anda perlu menamatkannya. Apabila ada peluang keemasan anda perlu meletakkannya di dalam gawang,” kata Arteta.

    Kebangkitan Everton itu memberikan Arsenal kekalahan ketiga dalam empat perlawanan dan mereka kini masih berada di tangga ketujuh, empat mata di belakang kelompok empat teratas. – AFP

    Aksi Demarai Gray (kiri) semasa menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan di antara Everton dan Arsenal di Goodison Park di Liverpool, England pada 6 Disember 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda